Ahli Parlimen Sekijang YB Hajjah Natrah Ismail telah dilantik oleh jingga13 Negeri Johor Darul Takzim sebagai Penasihat Jingga13 Negeri Johor secara rasmi .
Menurut Sdr Jaafar Matek , Setiausaha Jingga13 Negeri Johor, " Surat perlantikan telah dihantar kepada YB Hajjah Natrah Ismail atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Natrah sebagai Penasihat Jingga13 Negeri Johor . Malah perlantikan beliau turut dipersetujui oleh Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia .
Perlantikan beliau ialah kerana komitmen dan keikhlasan beliau khususnya dalam membantu pergerakan Jingga13 khusunya di Sekijang dan Jingga13 Negeri Johor . Malah beliau turut menghulurkan dana bagi membantu Jingga13 menjalankan aktiviti .
Semoga perlantikan beliau akan memberikan impak yang terbaik kepada Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Negeri Johor . Jingga13 mengalu-alukan mana-mana individu yang ingin bersama membantu Jingga13 .