Monday 4 January 2021

PERLANCARAN PENUBUHAN JINGGA13 BATU PAHAT , DATO' SERI DR JALIL DILANTIK KOORDINATOR

2January 2021 Sabtu adalah tarikh bersejarah dengan tertubuhnya Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Batu Pahat. Setelah sekian lama merancang akhirnya tarikh 2 haribulan dipilih untuk Majlis Perlancarannya.

Sdr Zabidie Abas Koordinator Jingga13 Negeri Johor telah sudi menyempurnakan dan Melancarkan Penubuhan Jingga13 Batu Pahat. Menurut beliau, penubuhan Jingga13 ini bukanlah untuk menyayingi mana-mana NGO selain untuk memberi khidmat dan membantu masyarakat setempat dan juga negara.

Beliau juga sentiasa mengingatkan agar Jingga13  tetap berada pada landasan dan agenda Penubuhannya selari dengan matlamat Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Koordinator nya Dato Seri Dr Jalil Hi Siam, beliau akan berusaha sebaik mungkin memikul amanah ini bagi memberi manfaat kepada semua. Beliau juga begitu perihatin terhadap ekonomi golongan miskin dan akan membantu menaikkan tahap ekonomi golongan ini terutama Komrad Jingga13 keseluruhannya.



Sementara Sdr Malik Faishal Ahmad Timb Koordinator Jingga13 Batu Pahat pula berkata, beliau akan sentiasa mengutamakan masyarakat dan telah menyusun beberapa aktiviti khusus untuk masyarakat disekitar Batu Pahat.

Jingga13 Negeri Johor mengucapkan syabas dan tahniah atas penubuhan Jingga13 Batu Pahat ini. Semoga ianya akan memberi manfaat untuk semua golongan masyarakat.

Berikut adalah senarai Pemegang Jawatan Jingga13 Batu Pahat:

Koordinator: Dato' Seri Dr Jalil bin Hi Siam

Timb Koordinator: Sdr Malik Faishal bin Ahmad

Setiausaha: Zainoor bin Jumaat

Bendahari: Senin bin Ahmad

Jinggawan: Muhammad Nor Adli bin Mohd Khisam

Jinggawanis: Siti Nahariah Binti Abdul Kadir


AJK

1. Ghazali bin Ahmad

2.Zakir bin Othman

3. Mohd Safik bin Sidek

4. Khairul Anuar bin Jumaat

5. Anwar bin Khairi

6. Zaini bin Kassim

7. Ahmad bin Taib

8. Abd Razak bin Omar

9. Mohamad Fauzi bin Md Rosni

10. Emran bin Othman

11. Boon Shin Hai

12. Abu Bakar bin Salman

13. Saharudin bin Saleh

14. Saeman bin Maat