Saturday 5 December 2020

JINGGA13 KOTA TINGGI SAMPAIKAN SUMBANGAN ASNAF BERSAMA AMIL BAITULMAL

Jingga13 Kota Tinggi yang diketuai oleh Sdr Kamaluddin Md Simpol selalu Koordinator nya telah menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda, barangan dapur, Pampers dan wang tunai kepada 4 keluarga ASNAF, hari ini.

Penerima 1

Puan Ainon bte Paiman

Pesakit Stroke dan terlantar.

Menerima sumbangan kerusi roda dan Pampers dari Baitulmal Kota Tinggi.

Penerima 2

Puan Mariam bte Musa

Seorang Pesakit Kencing Manis yang mengalami masalah sakit kaki dan tidak boleh berjalan.

Menerima sumbangan kerusi roda dan Pampers dari Baitulmal Kota Tinggi.

Penerima 3

Puan Sarah dan Najib

Beliau baru menjalani pembedahan untuk melahirkan anak. Manakala suami beliau baru diberhentikan kerja akibat covid-19. Mereka hilang punca pendapatan.

Keperhatinan Baitulmal telah menghulurkan sumbangan barangan keperluan dapur dan sumbangan tunai.

Penerima 4

Sdr Khairuddin bin Hamdan yang terpaksa menjaga isteri (namanya dirahsiakan) yang mengalami sakit stroke dan Juga sakit mental bersama 3 orang anak.

Telah diberhentikan kerja kerana terpaksa berikan sepenuh perhatian terhadap isterinya, juga menerima sumbangan barangan keperluan dapur dan sumbangan tunai dari Baitulmal Kota Tinggi.

Semua sumbangan ini adalah BANTUAN SEGERA dari Baitulmal Kota Tinggi dan disalurkan di kasawan Bukit Besar dan Sungai Sayong.

Jingga13 Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Amil Ulu Sg Johor, En Azahari bin Adam mewakili Baitulmal Kota Tinggi atas keperhatinan dan mempercepatkan penyaluran sumbangan kepada mereka. Semoga usaha dan sumbangan ini, dapat meringankan perbelanjaan mereka.

#MuafakatPrihatinBerani