Saturday 5 December 2020

GRM YAKIN RAKYAT DAN REFORMIS SEMAKIN MATANG DALAM MEMBANTU MENANGANI KEMELUT POLITIK NEGARA

Kenyataan Media Gabungan Reformis Malaysia (GRM).

30 November 2020

GRM YAKIN RAKYAT DAN REFORMIS SEMAKIN MATANG DALAM MEMBANTU  MENANGANI KEMELUT POLITIK NEGARA

Gabungan Reformis Malaysia (GRM) yakin bahawa rakyat Malaysia terutamanya para Reformis semakin matang dalam proses membantu menangani kemelut politik negara. Sememang kesabaran akan terus teruji dalam menangani episod-episod penting perjuangan reformasi.

GRM juga memahami langkah strategik yang diambil oleh Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam mengendalikan urusan RUU Perbekalan 2021 (Bajet 2021).

GRM juga berkeyakinan dengan kebijakan yang diambil oleh DSAI dalam melakar persefahaman baharu bersama bagi mengembalikan mandat rakyat di PRU 14 dengan Agenda Reformasi  sebelum PRU 15, melalui proses yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

GRM menjunjung kasih atas sebarang kebijakan yang diambil oleh KDYMM SPB YDPA dalam menyelesaikan kemelut politik negara bagi mewujudkan kerajaan yang stabil, dihormati dan mampu membawa Malaysia makmur sejahtera.

GRM menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bertenang dengan ikhtiar kehidupan diteruskan, memperbanyakkan doa dan solat hajat agar ALlah swt menganugerahkan keselamatan dan kesihatan  KDYMM Tuanku. Marilah kita bersama-sama terus mendoakan keselamatan, keamanan dan kemakmuran buat negara dan rakyat Malaysia seluruhnya serta diselamatkan daripada pandemik Covid-19.

GRM juga secara khusus meminta para reformis menjunjung tinggi institusi Raja Berperlembagaan Malaysia serta menghayati semangat baharu "Reformis sedia berkhidmat, Reformis terus berjasa"


MUSTAFFA KAMIL AYUB

Presiden,

Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) merangkap

Penyelaras/Jurucakap GRM.


DR BADRUL AMIN

Pengerusi

Pro98 Reformis


DR IDRIS AHMAD

Pengerusi 

Otai Reformis.


FARIZ MUSA

Ketua Koordinator

Jingga 13 Malaysia


KHAIRUL ANUAR OTHMAN

Presiden

Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM)


BRIG. GEN.(B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB

Presiden

Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN)


AZIZAN MEMALI

Presiden 

Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM)


MOHD BUSTAM OMAR

Pengerusi

Persatuan Media Sosial (PEMASSA)


EDDIE  ARMAN MOHD YUNOS

Pengerusi

Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK)


MEJAR (B) RAZALI ALIAS

Presiden 

Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).


MUSTAFA MANSOR Presiden

Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA).

 

KAPT (B) ZULKEFLY OTHMAN

Setiausaha GRM.