Kenyataan Media Gabungan Reformis Malaysia (GRM).
24 Oktober 2020
MENJUNJUNG KASIH ATAS PERTIMBANGAN KDYMM SPB YDPA UNTUK TIDAK MEMPERKENANKAN DARURAT MAHUPUN PROROG PARLIMEN MALAYSIA.
Terlebih dahulu, sekali lagi Gabungan Reformis Malaysia (GRM) dan seluruh rakyat Malaysia melafazkan rasa syukur kehadrat ALlah swt atas kurniaan kesihatan dan keselamatan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.
GRM sekali lagi menjunjung kasih atas pertimbangan KDYMM Tuanku untuk tidak memperkenan perintah darurat mahupun prorog Parlimen diistiharkan di Malaysia dalam pendekatan menangani covid 19. GRM berkeyakinan KDYMM Tuanku telahpun membuat pertimbangan yang cukup bijak dalam menangani keresahan rakyat akibat kemungkinan perintah prorog Parlimen apatah lagi darurat. GRM sekali lagi menjunjung kasih atas kebijakan KDYMM Tuanku.
GRM berpandangan prorog Parlimen apatah lagi darurat akan mengakibat ekonomi menjadi parah yang amat dahsyat sehingga sukar untuk dipulihkan kembali terutamanya dalam menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.
GRM berpendirian dengan pelbagai perkembangan mutaakhir ini, jelas membayangkan Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional telah hilang kredibilitinya untuk mentadbir negara ini terutamanya dalam menangani kemelut politik yang ada, kemelesetan ekonomi yang ketara serta pandemik Covid 19 yang terus mengancam. Visi dan strategi konkrit secara menyeluruh dalam mengembalikan ekonomi negara ke landasan yang mampan dan futuristik gagal diketengahkan. Manakala rakyat terus gelisah menghadapi kos sara hidup dan ketidakpastian masa depan.
GRM menyeru seluruh rakyat Malaysia terus bertenang dengan ikhtiar kehidupan diteruskan, memperbanyakkan doa dan solat hajat agar ALlah swt menganugerahkan keselamatan dan kesihatan KDYMM Tuanku. Marilah kita bersama-sama terus mendoakan keselamatan, keamanan dan kemakmuran buat negara dan rakyat Malaysia seluruhnya serta diselamatkan daripada pandemik Covid-19.
GRM juga secara khusus meminta para reformis menjunjung tinggi institusi Raja Berperlembagaan Malaysia serta menghayati semangat baharu "Reformis sedia berkhidmat, Reformis terus berjasa".
MUSTAFFA KAMIL AYUB
Presiden,
Persatuan Rapat Rakyat (RAPAT) merangkap
Penyelaras/Jurucakap GRM.
DR BADRUL AMIN
Pengerusi
Pro98 Reformis
DR IDRIS AHMAD
Pengerusi
Otai Reformis.
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13 Malaysia
KHAIRUL ANUAR OTHMAN
Presiden
Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (ARM)
BRIG. GEN.(B) DATO ABDUL HADI ABDUL KHATAB
Presiden
Pertubuhan Kebajikan Pahlawan Malaysia (PAHLAWAN)
AZIZAN MEMALI
Presiden
Gerakan Reformasi Veteran ATM (GRVATM)
MOHD BUSTAM OMAR
Pengerusi
Persatuan Media Sosial (PEMASSA)
EDDIE ARMAN MOHD YUNOS
Pengerusi
Gerak Aktif Sosioekonomi Amal Kebajikan (GASAK)
MEJAR (B) RAZALI ALIAS
Presiden
Pertubuhan Gerakan Pejuang Negara Malaysia (GMPN).
MUSTAFA MANSOR Presiden
Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MASSA).
KAPT (B) ZULKEFLY OTHMAN
Setiausaha GRM.