Tuesday 1 September 2020

JINGGA13 PERLIS WAKILI MP KANGAR ZIARAH ADIK AIDA DERITA KANSER DAN SAKIT BUAH PINGGANG PERLUKKAN SUMBANGAN UNTUK KOS PERUBATAN

Tanggal 31 Ogos ini,  Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Negeri Perlis, juga mewakili YB Parlimen Kangar telah menziarahi anak abg Rashid iaitu kakak Aida Suhani di Kampung Sena Hujung, Kangar, Perlis yang kini mengidap penyakit kanser tahap 4 dan masalah buah pinggang dimana memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai bagi meringgankan kos perubatan. 


Turut bersama menziarah pesakit ialah En. Shukri Mat Hassan Pengerusi Persatuan Penduduk Tok Peduka yang mewakili YB ADUN Sena sedikit sebanyak ia dapat mengurangkan beban penderitaan yang dialaminya, malah membantu menyembuhkan sakitnya dengan keizinan Allah SWT atas iringan doa kita.




Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Public Bank 6866950510  (Aida Suhani  binti Abd. Rashid )

#MuafakatPrihatinBerani 
#DemiRakyatSena 
#SenaSelamatSihatSejahtera