Keadaan Nenek Com yang tinggal seorang diri di rumahnya di Jalan Bunga Raya, Kg Melayu Kluang amatlah menyedihkan, keadaan rumahnya yang usang dan sangat berbau, banyak tikus2 dan keadaan rumahnya yang tidak terurus.
Hari ini, bersama2 parti kompenen Pakatan Harapan turun membersihkan dalam dan luar rumahnya, mengecat rumahnya dan mengantikan barang2 yang telah usang seperti tilam, langsir , bantal, kipas angin, sofa dan sebagai, program yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan siap sepenuhnya lebih kurang pukul 4.00 petang.
Semasa program bermula, Nenek Com telah dihantar ke sebuah rumah untuk berehat, segala penat lelah, satu hari bergotong royong hilang bila saja melihat wajah Nenak Com yang sangat gembira dengan keadaan rumahnya yang telah dibersihkan dan dibaik pulih.
Penyelaras program, Sdr Jaafar , Koordinator Jingga 13 Kluang merangkap Setiausaha Keadilan Cabang Kluang sangat mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan juga menyumbang kewangan bagi menjayakan program gotong royong tersebut terutama YB Wong Shu Qi , YB Muhammad Said Jonit dan juga YB Chew Chong Sin.
Terima kasih juga kepada Jabatan Bomba, PDRM dan Majlis Perbandaran Kluang yang turut sama terlibat memberi bantuan.
Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang akan terus memantau keadaan Nenek Com.
Terima kasih
Muafakat Prihatin Berani
Jingga 13 Kluang
26 Julai 2020