Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang bersama2 Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang, hari ini melawat satu keluarga di Taman Delima dalam Parlimen Kluang.
En Harun yang tinggal bersama isteri dan 5 orang anaknya tidak mampu lagi untuk berkerja untuk menyara keluarganya disebabkan menghidap penyakit jantung dan tulang, hanya bergantung kepada isterinya yang berkerja sebagai cleaner.
Atas sikap prihatin kepada masyarakat, Cabang Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang telah menghulurkan sumbangan yang berbentuk susu omage untuk jantung, susu anlene untuk tulang dan juga barangan makanan harian.
Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga tersebut
Muafakat Prihatin Berani
DEMI RAKYAT JOHOR
Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kluang
Pertubuhan Kebajikan
Jingga 13 Kluang
isnin, 8 Jun 2020