Thursday 18 June 2020

85% TIDAK BERSETUJU TUN DR MAHATHIR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI KE 9

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

18 Jun 2020

85% TIDAK BERSETUJU TUN DR MAHATHIR SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI KE 9

Kemelut pemilihan calon Perdana Menteri ke 9 oleh Pakatan Harapan sewajarnya telah dimuktamadkan dengan mencalonkan  Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiada lagi wujud calon lain lagi selain daripada beliau .

Berdasarkan kepada reaksi spontan daripada undian online yang dibuat oleh Jingga13 Malaysia dalam tempoh 7 jam daripada 2276 orang yang telah membuat undian , 84.67% iaitu 1927 orang menyatakan TIDAK BERSETUJU TUN DR MAHATHIR MENJADI PERDANA KE 9 sekiranya Pakatan Harapan kembali berkuasa.

Justeru Jingga13 Malaysia menolak cadangan untuk mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke 9 sekiranya Pakatan Harapan kembali semula ketampuk pemerintahan negara. 

Tun Dr Mahathir Mohamad telah diberi peluang sebelum ini dilantik oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri ke 7 . Justeru cadangan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad adalah sudah tidak relevan lagi dan beliau seharusnya akur dengan memberikan laluan serta sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia