Saturday 23 May 2020

JINGGA13 PERLIS AKHIRI PROGRAN ZIARAH KASIH RAMADHAN DI DUN INDERA KAYANGAN DAN DUN BINTONG

Semalam Jumaat , 22 Mei 2020 , Komrad Jingga13 Negeri Perlis, hari ini dalam program diakhir Ramadan telah menyantuni 20 Keluarga, masing²nya 10 di DUN Indera Kayangan dan 10 keluarga lagi dalam DUN Bintong.



Setelah lama program ziarah kasih ramadan ini dijalankan , hari ini program ini melabuhkan tirainya di DUN BINTONG, PARLIMEN KANGAR.



Program Hari ini juga telah dihadiri oleh Sdra. Nashriq, Timb. Koordinator Jingga13 Negeri Perlis, Sdri. Yana  selaku Bendahari, turut serta hadir Sdri. Azura Dan Sdra Rosmaini selaku AJK Jingga13 Negeri (tuan rumah bagi program di dun Bintong).


Semoga dengan sedikit sumbangan yg diterima ini dapatlah meringankan bebanan mereka dalam menyambut aidilfitri yg bakal tiba.


Terima kasih kepada semua yang terlibat,secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan program ini, dan kepada semua penyumbang yg menyalurkan sumbangan didoakan agar dimurahkan rezeki dan dilimpahi keberkatan daripada Allah swt.

*Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin..*

#jingga13perlis
#muafakat,prihatin,berani
#pkpb
#kitajagakita