Kebanyakan penghuni adalah warga emas yang terdiri dari pelbagai kaum dimana seramai 65 orang adalah melayu.
Juadah yang disediakan adalah Nasi Putih Gulai Ayam dan sayur taugeh. Selain itu, Jingga13 Perlis juga menyerahkan barangan keperluan dapur bernilai RM200 kepada pengurusan Rumah Seri Kenangan. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Tuan Noor Amin bin Ahmad, Ahli Parlimen Kangar bersama Koordinator Jingga 13 Negeri Perlis saudara Hasparizal Hassan, Timbalan Koordinator Mohd Nashriq , Ketua Jinggawan Dzairi Asrul dan Bendahari Jingga 13 Perlis Nur Liyana.
Dikesempatan ini, Jingga13 Perlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang turut sama menyediakan juadah berbuka ini iaitu Azura Ismail dan Baharudin Rasni jutaan terima kasih. Tidak lupa diucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tuan Noor Amin Ahmad diatas peruntukan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Insyaallah, pelbagai program sumbangan lagi akan kami jayakan sepanjang bulan ramadan ini.
Terima kasih.