Friday 22 May 2020

JINGGA13 BENTONG SAMPAIKAN SUMBANGAN SEMPENA IDULFITRI KEPADA WARGA EMAS, OKU DAN WARGA ASING

Tanggal 21 Mei 2020 , Jingga13 Bentong telah menyampaikan sumbangan sempena idulfitri kepada warga emas, OKU dan warga asing di Simpang Pelangai, Kg Baru dan Kg Hayat .




Program tersebut disampaikan oleh Setiausaha Jingga13 Bentong,  Sdr Wan Yusoff Wan Ngah dan dua orang Ahli Jawatankuasa Jingga13 Bentong  iaitu Sdri Jemilah Mohd Salleh dan Sdri Ramsiah Ahmad.




Menurut Sdr Wan Yusoff,  " Jingga13 Bentong turut sampaikan sumbangan kepada 3 keluarga warga asing di atas prinsip kemanusiaan kerana mereka tergolong daripada golongan miskin yang wajar dibantu dan 17 keluarga warga emas dan OKU menerima sumbangan daripada kami bagi meringankan bebanan mereka sempena menyambut aidul fitri tidal lma lagi ".