Sunday 10 May 2020

JINGGA13 BENTONG PRIHATIN 50 KELUARGA WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL MISKIN SEMPENA RAMADHAN DAN PKP

Tanggal 10 Mei 2020 , Jingga13 Bentong telah menyampaikan sumbangan kepada asnaf terdiri daripada wanga emas dan ibu tunggal berjumlah 50 keluarga di DUN Pelangai , Parlimen Bentong yang melibatkan Kg.  Hayat, Kg Baru, Kg Ampang, Kg Semerting, Kg Shafie, Kg Chemomoi , Felda Chemomoi dan Felda Sungai Kemahal .





Sdr Isa Ahmad , Koordinator Jingga13 Bentong menyatakan ,  " Sumbangan tersebut adalah sempena bulan  Ramadhan al Mubarak serta mereka yang berhadapan PKP agar dapat meringankan bebanan mereka ".





Program tersebut turut juga disertai oleh Setiausaha Jingga13 Bentong Sdr Wan Yusuf dan beberapa orang AJK Jingga13 Bentong .