Saturday, 4 April 2020

KEDAI EMAS ZAKARIA MENYUMBANG KEPADA JINGGA13 KOTA TINGGI MELALUI TOK JOE UNTUK YANG TERKESAN COVIC-19

Jingga13 Kota Tinggi merasa amat terharu bila sebuah syarikat swasta Kedai Emas Zakaria di Kota Tinggi sudi menyalurkan sumbangan untuk Jingga13 Kota Tinggi agihkan kepada golongan yang terkesan akibat Covid19 di sekitar Kg Kelantan dan Kg Panti, Kota Tinggi.



Hj Johari bin Leman (Tok Joe) yang merupakan Ketua Kampong Kg Kelantan dan juga merupakan AJK Jingga13 Kota Tinggi telah dengan sukarela memikul tanggungjawab mengagihkan kepada penduduk yang terbabit.




Menurut beliau, agihan ini telah dijalankan kepada penduduk di Kg Kelantan dan Kg Panti yang berupa beras dan barang2 keperluan dapur. Penduduk yang terkesan amat berterima kasih dengan sumbangan tersebut yang mana, ianya amat memerlukan. Menurut Tok Joe lagi, di kampong tersebut, ramai penduduk yang dah kehabisan makanan dan mereka benar-benar susah.



Tok Joe dan Jingga13 Kota Tinggi ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada KEDAI EMAS ZAKARIA atas keperihatinan dan sudi menghulurkan sumbangan yang cukup bermakna buat penduduk. Doa kami, semoga perniagaan tuan terus maju dan memperolehi kebarkahan dari Allah.


Kamaluddin Md Simpol
Koordinator
Jingga13 Kota Tinggi