Sunday 26 April 2020

JINGGA13 PERLIS HULUR SUMBANGAN 3 FAMILI TERKESAN PKP DI BULAN RAMADHAN

26 April 2020 , Jingga 13 Perlis menyantuni 3 keluarga dan menghulurkan bantuan barangan keperluan asas pada ramadhan yg ke-3.


Penerima pertama En.Salleh Bin Senapi.. berusia 55 tahun, menetap di Kg Behor Janggus, Bintong Kangar, Perlis. Beliau yg bekerja sendiri dengan mengambil upah sebagai pemotong & meracun rumput. Berpendapatan diantara RM350.00 sehingga Rm450.00 sebulan agak menyukarkan beliau menampung pembelian keperluan asas, ini kerana beliau juga terpaksa menampung kos pembelian ubat utk isteri beliau yg menghidap Asma/lelah. Keluarga ini juga mempunyai 3 org anak yg masih bersekolah.


Keluarga kedua yang telah disantuni oleh wakil / komrad jingga 13 Perlis pada hari ini ialah keluarga Encik Johari Bin Shaari yg tinggal diKampung Jarak, Bintong Kangar Perlis. Berusia 46 tahun, seorg tukang cat yg menyara 3 org anak yg mana salah seorg anak beliau *OKU INTELEKTUAL*. Beliau agak terputus kewangan kerana kekangan melaksanakan tugasan kerja beliau sejak berlangsungnya PKP, Menyebabkan beliau tidak mampu menyediakan keperluan dapur dgn sempurna. Komrad Jingga 13 menyantuni keluarga beliau hari ni dan menyampaikan sumbangan keperluan dapur untuk keluarga tersebut.


Yang terakhirnya komrad Jingga 13 menziarahi kediaman Puan Indon Binti Nyan di Bt 2 Jln Bintong, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai pembantu kantin SK Behor Empiang, dengan pendapatan harian RM30 sehari, telah mula merasai keadaan yang agak sukar untuk menyara 3 org anak yang masing²nya tidak mempunyai pendapatan yg tetap dlm tempoh kawalan ini, anak beliau yang kecil masih menuntut ditingkatan 5. Disebabkan sekolah ditutup pendapatan beliau telah terjejas, Oleh itu wakil jingga memutuskan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada keluarga ini.


Alhamdulillah... segalanya terlaksana dengan baik.. terima kasih kepada allah yang telah menyumbang, barangan keperluan ini. Semoga dapatlah meringankan beban mereka untuk satu tempoh masa ini.. insyaallah..

Jingga 13 Perlis
*Muafakat, Prihatin,Berani*