Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang menzahirkan penghargaan dan prihatin kepada Staf2 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang yang merupakan barisan hadapan dalam menangani Wabak Covid-19.
Sedikit sumbangan Dettol Hand Sanitiser untuk kegunaan staf2 hospital tersebut dan juga sedikit air mineral dalam menjalankan tugas2 yang amat memenatkan dan mencabar. Sumbangan telah disampaikan kepada Pegawai HEBHK Puan Ruzana binti Ruslan dan Puan Siti Nur Azlin binti Rashim di hospital berkenaan.
Terima kasih kepada Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang , Dr Azura binti Abu Bakar yang memberi kerjasama dan juga SV Prohealth Pharmacy yang sudi bersama2 menaja barangan tersebut.
Terima kasih kepada semua komrad yang hadir bersama2 menyampaikan sumbangan.
Kepada semua penduduk Daerah Kluang diharap dapat mematuhi arahan pihak berkuasa dengan terus DUDUK DI RUMAH.
Semoga semua staf2 Hospital Kluang dan juga yang terlibat dalam menangani Wabak COVID-19 sentiasa dilindungi Allah SWT.
#KekalDudukDiRumah
#Muafakat-Prihatin-Berani
Jaafar bin Matek
Koordinator Jingga 13 Kluang