JINGGA13 Malaysia
11 Februari 2020
JINGGA13 BANTAH PERLAKSANAAN PPSMI, RAYU PENOLAKKAN KEBINET TERHADAP CADANGAN TUN DR MAHATHIR
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad Pemangku Menteri Pendidikan untuk melaksanakan PPSMI semula adalah merupakan satu tindakan yang benar-benar menghina rakyat yang bangkit menentang pelaksanaan tersebut sebelum ini termasuk parti politik ( Parti Keadilan Rakyat , DAP dan lain-lain ) , ibu bapa , para cendekiawan, gerakan pelajar dan mahasiswa, pakar bahasa dan sasterawan yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan tersebut. Malah selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara serta memberikan kesan negatif kepada pelajar di luar bandar.
Perhimpunan Bantahan PPSMI pada 7 Mac 2009 masih lagi dalam ingatan mereka yang hadir dan tidak akan dapat melupakannya , lebih-lebih lagi dengan tindakan brutaliti pihak polis ketika itu dengan menggunakan gas pemedih mata yang bertujuan untuk menghalang dan menghentikan perhimpunan rakyat serta usaha Gerakan Mansuh PPSMI untuk menyerahkan memorandum kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut
Jingga13 Malaysia benar-benar kecewa dengan cadangan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk melaksanakan semula PPSMI selepas mrngambil alih jawatan tersenut bagi mengantikan Dr Mazlee Malik malah perlantiakan beliau memangku jawatan Menteri Pendidikan adalah bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan di mana Perdana Menteri tidak boleh mmegang jawatan menteri lain.
Apa jua cadangan dan alasan yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir wajar ditolak mentah-mentah oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap pelaksanaan PPSMI tersebut. Ini membuktikan sudah tiba masanya Tun Dr Mahathir menyerahkan tampuk kerajaan kepada individu yang sewajarnya agar dapat memfokuskan kepada idea yang lebih bernas , segar dan bermakna bagi membangunkan negara serta meningkatkan pendidikan anak bangsa bukannya mundur ke belakang dengan cadangan perlaksanaan PPSMI yang sebelum ini telah dibantah dan ditolak oleh rakyat Malaysia , malah sudah pasti akan memakan kos pembendaharaan negara bagi merealitikan cadangn tersebut. Hentikan dengan istilah bahawa 'tukar menteri tukar polisi' yang akhirnya anak-anak menjadi mangsa kepada ekperimen dan kaedah baru yang diperkenalkan.
Idea yang lebih bernas dan segar adalah diperlukan dengan pendekatan yang lebih efektif dalam usaha mengangkat dan memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris serta penguasaan Sains dan Matrnatik dikalangan para pelajar.
Jingga13 Malahsia merayu kepada kabinet yang bakal bermesyuarat dan membincangkan cadangan tersebut mengambil keputusan menolak cadangan pelaksanaan PPSMi yang dicadangkan oleh Pemangku Menteri Pelajaran .
Muafakat * Prihatin * Berani
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia