Saturday 4 January 2020

Jingga13 Negeri Sembilan raikan 107 anak-anak asnaf dalam Program Bijak Ke Sekolah di Kg Tampin Linggi

Jingga 13 Negeri Sembilan telah menganjurkan program Bijak Ke Sekolah di Balairaya Kg Tampin Linggi pada pagi tadi sekitar jam 10 pagi .


Seramai 107 orang anak-anak asnaf yang terpilih untuk menerima sumbangan bijak ke sekolah ini.sumbangan merupakan bag sekolah ,s pakaian,kasut ,alat tulis dan kapur kasut





Bagi memeriahkan lagi progran tersebut , Jingga13 Negeri Sembilan mengadakab aktiviti cabutan nombor bertuah bagi mengembitakan anak-anak asnaf yang terdiri dari pada anak yatim dan autisme.




Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan Saudara Mohd Khairudin Hashim berkata ,  " Bantuan  diberikan sekadar untuk meringan kan sedikit bebanan ibu bapa dalam kos perbelanjaan ke sekolah anak-anak".





Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusi MPKK Kg Tampin Linggi Encik Mohamad Azman bin Zakaria serta 3 lagi Pengurusi MPKK yang turut hadir antaranya Encik Khairul Nizam Ketua Kampung Permatang Pasir,Encik Amron bin Othman Ketua Kampung Pengkalan Durian,Tuan Haji Rani Ketua Kampung Linggi turut sama Encik Muhamad Adhwaa bin Mokhtar selaku Imam Masjid Kg Tampin Linggi turut sama untuk menjayakan program bijak ke sekolah .






Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah Program Bijak Ke Sekolah Tuan Amizudin bin Ahmat yang bersusah payah mencari dana untuk menjaya kan program ini.tidak dilupakan juga Encik Mohd Khairudin bin hashim selaku Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan serta 5 lagi anggota yang bertungkus lumus menjaya kan program ini.