Tanggal 15/01/2020,Jingga 13 Kedah berkesempatan menyantuni 3 keluarga asnaf dan sakit kronik dan menyampaikan sumbangan sedikit keperluan harian bagi membantu meringankan bebanan keperluan harian mereka.
Keluarga pertama yang di santuni adalah Sdr Mohammad yang tinggal di Kg Rambong Batu7. Pendapatan beliau hanya berharapkan kepada kerja-kerja kampung . Mempunyai 4 orang anak di mana 3 orang bersekolah dan seorang masih kecil .
Keluarga ke dua disantuni adalah keluarga En. Sobin a/l Din yang tinggal di Kg Simpang 4 . Mengidap kesakitan di dalam perut . Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah . Pendapatan beliau ialah dari hasil kerja-kerja kampung, sahaja .
Selepas solat magrib Jingga 13 Kedah meneruskan aktiviti menyantuni asnaf ketiga iaitu Pak Long Mohd Noor dari Taman Bersatu yang menjaga isteri koma sudah lebih 5 tahun yang sekarang dijaga oleh anak sulong beliau . Dimana sebelum ini dijaga oleh adik yang bongsu.
Jingga 13 Kedah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang menyumbang kepada Jingga 13 Kedah bagi membantu asnaf d kawasan sekitar Parlimen Baling .Terima kasih juga kepada semua Komrad Jingga 13 Kedah di atas keperihatinan serta kerjasama yang diberikan.