Thursday 19 December 2019

Menderita lumpuh kerana sakit misteri , bapa rayu sumbangan untuk persekolahan anak-anak , Jingga13 Johor mohon keprihatinan rakyat Malaysia

Jingga13 Johor menerima aduan dari sebuah keluarga yang perlukan perhatian. Lantas kami segera ke rumah beliau di Kg Air Manis , Kulai untuk menziarahi dan melihat sendiri kedudukan perkara sebenar.


Ketua keluarga  (hanya mahu dipanggil Effandy) telah diserang penyakit misteri yang mengakibatkan beliau tidak mampu berjalan. Dari pinggang kebawah sehingga ke telapak kaki terasa sakit. Beliau tidak mampu bekerja dan terpaksa berulang alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pelbagai rawatan telah dilakukan termasuklah cara tradisional. Namun tiada tanda-tanda positif untuk sembuh.


Isteri beliau hanya suri rumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang anak yang semuanya masih bersekolah. Beliau tidak punya kewangan, malah untuk membiayai persekolahan anak pun, tidak mampu.


Beliau memohon bantuan kewangan untuk membeli buku-buku dan bayaran pibg serta bayaran yang berkaitan persekolahan. "Bag, baju, seluar, kasut tak per, boleh pakai yang lama, yang penting nak beli buku dan bayaran persekolahan", kata beliau dengan nada sedih.


Jingga13 Johor telah mendapat sumbangan daripada YB Khuzan Abu Bakar dari  Parti Keadilan Rakyat dan merupakan Exco Kerajaan Negeri Johor terus mmenghulurkan sumbangan tunai tersebut kepada beliau bagi meringankan perbelanjaan kos persekolahan anak beliau.

Terimakasih kepada YB Khuzan atas keperihatinan ini. Jika ada sesiapa yang ingin bersedekah sila hubungi Sdr Zabidie , Koordinator Jingga13 Johor di talian 01151721321 samada berbentuk barangan atau kewangan .