Friday 20 December 2019

Jingga13 Terenggnau sampaikan barangan persekolahan kepada 115 orang anak-anak asnaf Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia di Kuala Terengganu

Hari ini 20 Disember 2019 , bertempat di Dewan Serbaguna PPR Hiliran , Kuala Terengganu , Jingga13 Terengganu telah mengadakan Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Malaysia



Sejumlah 115 orang anak-anak asnaf di sekitar Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus menerima barang-barang persekolahan dan baucer daripada Yayasan Taqwa dan Jingga13 Malaysia . Seramai 76 orang menerima bantuan dari Yayasan Taqwa berupa beg, pakaian sekolah, kasut, kapor kasut dan alatulis.
Manakala 39 orang  menerima bantuan daripada Jingga13 Terengganu, Hazz Pacific Global, Azyun Berkat Ternak, Pok Su Batik, HMHA Maju Enterprise, Perniagaan Anak Kak Yah & Keluarga, Faiz91 Enterprise, Amanda Tayar Sdn Bhd dan Q Bena Marketing Sdn Bhd. Bantuan berupa Beg Sekolah dan Voucher RM50 Pasaraya Zonria .






Jingga13 Terenggnau mengucapkan terima kasih di atas sumbangan beberapa syarikat-syarikat yang menjayakan program Bijak Ke Sekolah hari ini serta semua pihak yang membantu menjayakan Program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Terengganu.