Thursday 19 December 2019

Jingga13 Perlis lawati 2 keluarga asnaf di DUN Sena dan DUN Indera Kayangan

Pada 18 Disember 2019 ,  Jingga13 Perlis ziarah 2 keluarga asnaf di Taman Merpati ( DUN SENA ) dan Kampung Bakau ( DUN INDERA KAYANGAN )

Rumah pertama team Jingga13 ziarah ialah rumah pakcik Ishak bin Husin yang beralamat No 16 Lorong Merpati RPA Padang Behor yang didiami seramai 10 keluarga.



Anak-anak pakcik Ishak antara penerima bantuan beg sekolah oleh Jingga13 baru-baru ini.



Salah seorang dari anak pakcik ni,berumur 10 tahun,pernah jatuh di sekolah ketika bersukan dan mngakibatkan organ dalamannya(insulin) rosak..& kini masih mendapatkan rawatan susulan dr HTF

Pakcik Ishak hanya bekerja sendiri menyara anak-anaknya yang masih bersekolah seramai 5 orang.
dan pendapatan beliau tidak menentu.

Selain itu,Mereka juga tidak memohon bantuan dari mana-mana pihak termasuk JKM,kerana beliau berasa mampu lagi berusaha untuk menyara keluarga.


Rumah kedua yang kami ziarah ialah rumah Kak Rahimah binti Sudin yang beralamat Lorong 2 Jalan Pasar Borong Kampung Bakau yang merupakan ibu tunggal dan ditemani seorang anak lelaki yang masih bersekolah dalam darjah 4.



Kak Rahimah yang hanya bekerja sebagai pengutip kotak,botol dan mengambil upah membersih rumah di sekitar bandar Kangar.

Team Jingga13 mendapat khabar bahawa kak Rahimah akan membuat kenduri berkhatan anak lelaki nya dan hanya menggunakan duit hasil kutip kotak ,botol dan upah mengemas rumah sebagai modai untuk kenduri.



Kak Rahimah hanya mengutip kotak di sekitar  pasar borong Kangar dengan menolak sebuah kereta sorong dengan diisi oleh kotak dan jika musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu kak Rahimah akan ditemani anak lelakinya yang berumur 11 tahun.

Mereka mendapat bantuan JKM sebanyak Rm300 dan terpaksa menyewa rumah sebanyak RM200 sebulan.

Kak Rahimah tidak boleh melakukan kerja berat kerana beliau pernah melakukan pembedahan lutut dan membuang batu hempedu.

Semoga kenduri berkhatan anak beliau berjalan dengan sempurna dan wakil Jingga13 Perlis akan hadir pada kenduri keesokan nya.

Jingga13 Perlis menyerahkan sedikit sumbangan barangan keperluan untuk 2 buah rumah asnaf tersebut dan semoga sedikit sebanyak bantuan ini dapat meringankan beban mereka sekeluarga.

Jika ada individu atau mana-mana yang ingin menyumbang boleh menghubungi Koordinator Jingga13 Perlis Encik Khairuddin di talian 014-6899091 dan Bendahari Jingga13 Perlis Puan Yana di talian 017-4390805 untuk sebarang pertanyaan.

#Muafakat
#Prihatin
#Berani