Monday 23 December 2019

Jingga13 Pahang santuni 200 anak asnaf terima sumbangan Ceria Ke Sekolah BBC/ TNB bersama Jingga13 di Muazam Shah , Pahang disempurnakan YB Fauziah Salleh

Destinasi ke 13 Program Ceria Ke Sekolah tajaan BBC / TNB bersama  MalaysiaJingga13 Jingga13Malaysia masih di negeri Pahang . Sebelah pagi di adakan di Parlimen Pekan , manakala sebelah petang pula di Dewan Semai Bakti, Felda Keratong 3, Muadzam Shah, Pahang.



Alhamdulillah seramai 200 pelajar asnaf telah menerima bantuan persekolahan hari ini tajaan TNB/BBC bersama Jingga13 Malaysia .




Semoga semua pelajar akan berjaya di dunia akhirat.

Hadir ke program Bijak Ke Sekolah Jingga13 Pahang /Malaysia dihadiri YB  Fuziah Salleh , Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama merangkap Ahli Parlimen Kuantan yang sudi hadir meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan kepada pelajar-pelajar di Felda Keratong.





Jutaan terima kasih kepada kehadiran wakil TNB Puan Rozlanis Bt Mohd Noor, Ketua Perkhidmatan Pelanggan Negeri Pahang,  Sdr Aminuddin Ahnat , Pengarah BKS Jingga13 Malaysia  , Koordinator Jingga13 Pahang Sdr Ahmad Shahbuddin ,  Koordinator Jingga 13 Negeri Sembilan Sdr Khairuddin Hashim  , Sdr Wan Zulbazlan Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Pulau Manis.























Tahniah Sekretariat Jingga 13 Pahang yg telah berjaya melaksanakan Program Ceria Ke Sekolah.