Friday 27 December 2019

Jingga13 Kota Tinggi santuni 20 anak asnaf Program bijak Ke Sekolah dan sampai barangan dapur kepada 20 asnaf

Jingga13 Kota Tinggi dengan dibantu oleh Jingga13 Johor telah menganjurkan Program BIJAK KE SEKOLAH dan menyampaikan sumbangan asnaf di Balairaya Taman Kota Jaya petang tadi.



Seramai 20 anak-anak terpilih dan yang benar-benar  layak telah mendapat manfaat dalam program tersebut. Sumbangan berupa bantuan bag sekolah dan voucher bernilai RM 80 dan boleh ditebus di Pasaraya Hari Hari sebelum 31 Januari 2020. Hanya barangan persekolahan sahaja boleh ditebus.







Seterusnya Jingga13 Kota Tinggi juga turut menyampaikan sumbangan barang makanan dan keperluan dapur kepada 20 Asnaf.







Kordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin bin Md Simpol berkata, bantuan ini hanyalah sekadar untuk meringankan beban kos persekolahan yang akan bermula January 2020 ini ditambah pula baru baru ini kebanyakkan rumah telah dilanda bencana banjir. Banyak kemusnahan harta benda akibat banjir. Dimasa akan datang, beliau akan berusaha lebih kuat lagi bagi memastikan lebih ramai golongan asnaf dapat dibantu.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yb Puan Hajjah Natrah Ismail Ahli Parlimen Sekijang (melalui wakil rasminya Pn Siti Norlilla Abdullah) kerana sudi menghulurkan bantuan dan sumbangan penuh bagi menjayakan program tersebut.




Terimakasih juga beliau tujukan kepada Norjepri Jailani selaku wakil Ahli Majlis MDKT, Tok Joe pengerusi MPKK kg Kelantan, Zabidie Abas Kordinator Jingga13 Johor dan seluruh komrad Jingga13 yang membantu dan bersusah payah sehingga program ini berjaya dilaksanakan.