Saturday 14 December 2019

Jingga13 Johor bersama Diwan Reformasi anjur Kem Muafakat Jingga13 Johor di Kluang

Jingga 13 Johor bersama Diwan Reformasi telah menganjurkan KEM MUAFAKAT JINGGA13 JOHOR pada 13-15 Disember 2019 bertempat di Kluang Four Season Ruili Hotel , Kluang , Johor .


Sejumlah 65 orang perserta terdiri daripada ahli Jingga13 seluruh Johor hadir ke kursus tersebut .

Menurut Sdr Zabidie Abas , Koordinator Jingga13 Johor , " Kursus ini adalah bertujuan untuk memperkasakan potensi dan kebolehan pengerak dan pendokong dalam menjalankan kerja-kerja lapangan melibatkan kemahiran  komunikasi dan  pengucapan awam   berkesan , perdebatan dan sebagainya  ".






Turut hadir menyampaikan ucapan Jingga13 dan  perjuangan ialah Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Sdr Fariz Musa . manakala pengendalian dan pengisian seterusnya adalah mengikut modul oleh Diwan Reformasi .


Jingga13 Johor mengharapkan kursus ini akan memberikan ilmu yang berguna dan dapat membangunkan Jingga13 di negeri Johor serta mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas komitmen Diwan Reformasi dalam menjaya kursus selama 3 hari 2 malam ini .