Sunday 22 December 2019

J13RT Pahang bersama NGO Kuantan Prihatin turun ke Rompin bantu bersih rumah mangsa banjir

Jingga 13 Rescue Team ( J13RT ) Pahang bersama NGO Kuantan Prihatin turun ke Rompin , Pahang dalam misi membantu mangsa banjir khusus dalam kerja mencuci dan membersihkan rumah .



Waterjet !

J13RT Pahang bersama NGO Kuantan Prihatin




Hari ini 21 Disember 2019,   J13RT Pahang dan NGO Kuantan Prihatin telah berjaya membersihkan 3 buah rumah mangsa banjir di Kampung Pianggu , Rompin  .Misi membersih  dan mencuci rumah mangsa banjir akan bersambubg lagi esok , 22 Disember .



Jumpa ular dalam rumah !!!



Menurut Sdr Shahbuddin  Koordinator Jingga13 Pahang yang turut hadir bersama dalam gotong royong tersebut , " sedih dan kasihan melihat keadaan rumah mereka yang dipenuhi lumpur dan banyak barang perabut dan perkakas elektrik rosak akibat ditenggelami banjir , semoga Allah memberikan  ketabahan kepada mereka semua "