Just nak highlight,sekarang saya masih ada di Raub Pahang,balik kampung bapa mertua,sempat saya menziarah 1 keluarga yang mempunyai 3 penghuni warga emas,hidup dalam serba kekurangan,si abang tidak boleh bergerak,hanya duduk di atas katil,menghidap berbagai penyakit, si adik pula mengalami bengkak kaki dan menghadkan pergerakkan, si adik ipar pula menghidapi penyakit kencing manis,darah tinggi yang menyebabkan beliau bergerak di dalam keadaan terketar-ketar dan kabur pandangan.
Rumah yang mereka tinggal juga daif,tunggu masa utk roboh,berbagai pihak telah datang memberikan janji manis kepada mereka ,tetapi indah khabar dari rupa sahaja,segala janji manis tidak dilaksanakan.
Mereka masih hidup dalam keadaan daif, hendak mengharapkan anak-anak,anak-anak juga menghadapi penyakit yang sama dan susah,untuk itu saya tergerak untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa keperluan harian dan sedikit kewangan bg meringankan bebanan mereka.