Sunday 20 October 2019

Mesyuarat Sekretariat Jingga 13 Johor bersama Pimpinan Jingga 13 Malaysia

Tarikh - Sabtu, 19 Oct 2019
Masa - 5.00 petang
Tempat - Dewan Resort Gunung Lambak, Kluang Johor


Satu mesyuarat penting telah dapat diadakan diantara Sekretariat Jingga13 Johor bersama Pimpinan Jingga13 Malaysia.


Agenda mesyuarat lebih tertumpu kepada penerangan bagaimana terbentuknya Pertubuhan Kebajikan Jingga13 Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jingga13 Malaysia oleh Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia, Tn Fariz Musa.


Seterusnya diberi penerangan tentang program-program dan juga matlamat dan hala tuju Jingga13 Malaysia untuk tahun yang mendatang, penerangan tersebut telah disampaikan oleh Tn Amizudin Ahmat yang merupakan Bendahari Jingga13 Malaysia.


Mesyuarat tersebut turut dihadiri Tn Khairuddin (Badong) yang merupakan Koordinator Jingga13 N.9 dan juga Tn Affendi Abas selaku Koordinator Media Jingga13 Malaysia dan TN Faizal , Setiausaha Jingga13 Terengganu .l



Mesyuarat tersebut telah berakhir sekitar pukul 7.00 malam. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jingga13 Johor atas mesyuarat tersebut dan juga menyediakan tempat yang selesa.