Sunday 13 October 2019

Jingga13 Malaysia sampaikan sumbangan barang makanan kepada 50 orang asnaf di Pendang , Kedah

12 Oktober , Sabtu , Jingga13 Malaysia telah dijemput untuk menghadiri jamuan kenduri perkahwinan kakak kepada Ustaz Ahmad Pauzie bin Kassim bertempat di Pendang , Kedah Darul Aman serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf seramai 50 orang .


Turut hadir ialah Sdr Fariz Musa , Ketua Koordinator Jingga13 Malaysia , Sdr Amizudin Ahmat , Bendahari merangkap Koordinator Panatia Kebajikan dan Prihatin , Tok Ayah Idris Othman , Koordinator Negeri Kedah , Sdr Mohd Khairudin Hashim , Koordinator Negeri Sembilan , Sdr Faizal , Setiausaha Terengganu serta komrad-komrad daripada Kedah , Negeri Sembilan dan Terengganu bagi meraikan majlis tersebut .




Sdr. Fariz Musa dalam ucapannya berkata " Jingga13 adalah merupakan NGO yang terus berjuang membantu dan menyantuni para asnaf agar dapat meringankan bebanan mereka , membantu sekadar termampu kerana ianya
adalah merupakan suruhan Rasulullah SAW agar membantu golongan fakir miskin ".




Sejumlah 50 orang asnaf diraikan dengan menerima hamper yang berisi barang makanan sepetu minyak masak , kopi, gula , biskut , gandum dan lain-lain lagi . Kebanyakkan asnaf adalah golongan fakir miskin , ibu tunggal , warga emas dan OKU.




Bersama-sama Jingga13 ialah satu NGO bernama Kongsi Rezeki yang juga tutut aktif dalan membantu golongan asnaf . Pertemuan yang sangat bermakna merapatkan silaturahim dab saling bettukar fikiran serta idea dalam membantu golongan fakir misin dan asnaf .



Semoga usaha ini akan memberikan kegembiraan kepada para asnaf bagi tujuan meringankan bebanan hidup mereka .