Friday, 4 October 2019
Jingga13 Kluang ziarah keluarga En. Jeffri , anak hadapi masalah kesihatan
Jingga13 Kluang melawat keluarga En Jeffri Bin Sulaiman yang tinggal di Kg Melayu Bt 4 Paloh
En Jeffri dan isterinya Pn Norazaliza mempunyai seorang anak yg berumur 1 tahun, anaknya dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dan sekarang mengalami masalah kesihatan, minum susu melalui tiub.
En Jeffri hanya berkerja mengambil upah memotong rumput, manakala isteri tidak bekerja kerana perlu menjaga anaknya sepenuh masa.
Sumbangan makanan dan pampes pakai buang dihulurkan bagi meringankan sedikit beban yg ditanggung keluarga En Jeffri.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan yg terlibat menyumbang dan sama-sqma menziarah keluarga tersebut.