Thursday 10 October 2019

Jingga13 Johor ziarahi pesakit stroke dan ibu yang sakit

Jingga13 Johor telah menziarahi pesakit terlantar akibat stroke sejak 2 tahun yang lalu.


Mahu dikenali hanya dengan panggilan Faizal. Sorang yang masih bujang, berumur 46 tahun dan tinggal bersama Ibu yang juga menderita pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, gout, sakit lutut dan berat badan yang berlebihan.  Menjadikan Kesukaran bagi ibu untuk membela anak yang stroke tersebut .


Jingga13 Johor PERIHATIN dan  rasa terpanggil untuk menziarahi dua beranak ini. Kami turut menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan dan menggembirakan mereka.


Sepanjang menderita sakit ini, beliau telah mendapat bantuan bulanan dari JKM dan Baitulmal. Namun ianya sekadar mencukupi untuk menyara kehidupan makan minum sahaja. Kos ubatan dan rawatan/urutan terpaksa dikurangkan bagi mengutamakan makan minum.