Friday 4 October 2019

DERITA KEHIDUPAN PAKCIK SAARI MOHON RAYUAN SUMBANGAN DARI RAKYAT MALAYSIA

Nasib menimpa seorang pakcik Di Port Dickson ibarat sudah jatuh ditimpa tangga apabila terpaksa mendiami rumah sewa yang sangat daif dan anaknya yang orang kurang upaya (OKU) dalam kemiskinan.

Saari Aziz, 56 tahun hanya berbekalkan pendapatan sekitar RM900 sebulan perlu menyara keluarganya 5 beranak. Di mana isterinya hanya sebagai seorang suri rumah manakala seorang anaknya masih bersekolah, seorang lagi adalah OKU dan seorang lagi bekerja sebagai pelayan restoran.

Jingga13 Negeri Sembilan berharap agar seluruh rakyat malaysia dapat membantu keluarga ini. Keutamaan mereka ketika ini adalah rumah yang lebih selesa sebagai tempat untuk mereka berlindung dari hujan panas.

Kami dari pihak NGO Kebajikan Jingga 13 Negeri Sembilan merayu sumbangan dari pihak orang ramai agar kehidupan pakcik saari akan mendapat sinar baru.

Untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun bank Maybank 155041993177 atas nama Suhana Binti Bakri selaku Setiausaha kebajikan Jingga13 Negeri Sembilan atau hubungi
Puan Suhana(0178801048)











Setiap sumbangan anda amat bermakna untuk keluarga PAKCIK SAARI