Tuesday, 24 September 2019

Jingga13 rayu sokongan kepada Rumah Lavender , Perlis

Jingga13 rayu sokongan untuk Rumah Lavender, Kangar , Perlis iaitu sebuah rumah transit untuk OKU dan Ibu Tunggal terbiar dan teraniaya serta isteri-isteri yang berada dalam proses perceraian dan memerlukan perlindungan

Jingga13 Malaysia prihatin terhadap usaha dan komitmen Pengasas Rumah Lavender ,  Puan Tuan Marja binti Tuan Mat  terhadap golongan yang tidak bernasib baik ini


Menurut Puan Tuan Marja yang lebih mesra dikenali Kak Marja , "Rumah kebajikan ini ditubuhkan bulan Julai 2017 bagi membantu para OKU penglihatan tanpa keluarga dan Ibu Tunggal yang terabai oleh famili dan ada juga yang dianiaya serta teraniaya , kami juga membantu isteri-isteri yang berada dalam proses perceraian dan memerlukan perlindungan ".


Jingga13 Malaysia kagum dengan kegigihan Kak Marja menjaga dan  mengurus kebajikan penghuni di Rumah Lavender , Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada  Kak Marja utk meneruskan usaha murni ini.

Selain dari mengurus Rumah Lavender  , Tuan Marja juga mengadakan Kelas khas untuk OKU-OKU Penglihatan seluruh Negeri Perlis dan beberapa OKU dari Kedah.



Kelas Alquran Braille dan Fardhu Ain diadakan Di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar pada setiap Ahad jam 9.00 pagi -12.00 T/hari.



Justeru Jingga13 Malaysia merayu sokongan dan dokongan orang ramai terhadap usaha Kak Marja dan  menghulurkan sumbangan kepada Rumah Lavender dengan menghubungi Kak Marja di talian 012-4920190.