Friday 27 September 2019
Jingga13 Pahang rayu sumbangan untuk Adik Nur Aisyah perlukan alat sokongan pernafasan
Adik Nur Aisyah Humairah
binti Mohd Asrul berusia 5 tahun. Beliau terlibat kemalangan bersama bapanya pada hari Isnin lepas , beliau mengalami kecederaan patah tengkuk dan gegaran otak yang agak serius kini masih di rawat di ICU Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan .
Adik Nur Aisyah memerlukan alat sokongan pernafasan yang berharga RM 12,500 ( belum termasuk kos lain ).
Bapanya Mohd Asrul bin Ghazali merupakan seorang Bilal di Masjid Tareq Ziat , Kempadang juga kini berada di hospital yang sama . . Sewaktu ziarah tadi beliau sedang menjalani pembedahan , di mana beliau menghadapi patah kaki dan rahang mulut.
Manakala ibunya Noraini Nordin seorang surirumah masih kelihatan sangat sugul dan masih terpinga-pinga , di tambah pula terpaksa menjaga suami dan anaknya yang berlainan tingkat .
Setakat ini Jabatan Sosial HTAA hanya boleh menanggung kos bil-bil perubatan hospital mereka dua beranak sahaja .
Justeru Jingga13 Pahang merayu kepada warga Malaysia yang pemurah agar dapat membantu Adik Nur Aisyah dengan menghulurkan sumbangan ke akaun Bank CIMB 7034781974 atas nama Noraini binti Nordin .
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 011-55201747 Pn. Noraini Nordin.