Jingga13 Pahang telah hadir ke rumah Pn Nora dan suaminya En Nazri di Batu 6 Kuantan , Pahang . Mereka sekeluarga menghuni di bawah sebuah gudang pakaian, dan pernah dijadikan bengkel kereta.
Sdr Sharibuddin Ismail bersama Sdr Razali Abu Bakar,Ahmad , Sdr Mohd Jefri Hussin dan Sdr Muhammad Nur Alif Sa'audi daripada Sekretariat Jingga13 Pahang hadir membawa sedikit sumbangan barang makanan bagi meringankan bebanan En Nazri sekeluarga .
Menurut Sdr Sharibuddin Ismail , Koordinator Jingga13 Pahang , * isteri beliau iaitu Pn. Nora merupakan seorang OKU di mana kaki kiri nya telah pun dipotong akibat diabetik , dan mereka juga mempunyai anak lelaki OKU, tapi nasib baik mampu bersekolah,dan pernah pernah dibedah, akibat jantung berlubang*.
Lebih menyedihkan bulan lepas mereka baru saha kehilangan anak perempuan kesayangan yang meninggal akibat sakit jantung.
Jingga13 Pahang merayu seluruh rakyat Malaysia yang prihatin agar dapat membantu En Nazri dan Pn Nora sekeluarga dengan menghulurkan sumbangan derma ikhlas kepada akaun CIMB atas nama Nora binti Nadzulan iaitu CIMB 7620886200
dan boleh hubungi beliau ditalian 019-9196971
Pn Nora juga berharap mereka dapat memperolehi sebuah rumah sendiri daripada mana-mana pihak yang sudi membantu mereka sekeluarga.