Saturday, 28 September 2019

Jejak Asnaf Jingga13 Perlis : Lawati Pakcik Ismail sekeluarga yang sakit

Pada hari Jumaat , 27 September 2019, Jingga13 Perlis melawat beberapa keluarga Asnaf dan sakit disekitar Negeri Perlis untuk memberikan sumbangan barangan makanan dan keperluan dapur kepada keluarga mereka.

Rumah yang Jingga 13 Perlis lawati kali ini adalah rumah Pakcik Ismail bin Seman asnaf yang mengalami masalah penglihatan ( tidak berapa nampak ) , masalah jantung , kencing manis , asma dan buasir.


Pakcik Ismail tinggal bersama isteri nya yg bernama Siti Asa binti Ahmad yang mengalami retak kedua belah lutut dan dua anaknya yang mengalami asma yang kronik dan tidak bekerja.


Mereka tinggal menyewa di sebuah rumah dengan kadar bayaran RM250 sebulan dan bantuan JKM sebanyak RM350 setiap bulan dan juga Baitulmal RM200 sebulan. Namun begitu bantuan yang diperolehi adalah tidak mencukupi untuk membiayai bayaran rumah sewa, ubat-ubatan serta makan minum Pakcik Ismail sekeluarga .

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik KHAIRUDDIN MOHD YUSOF di talian 0146899091 atau Whatsapp Bendahari Jingga 13 Perlis Cik Liyana di talian 0174390805.