Sunday 29 September 2019

Jingga13 ziarah dan sampaikan sumbangan derma kilat kepada anak-anak arwah Komrad Shahrul Nizam

Hari ini , Jingga13 Malaysia telah menziarahi keluarga arwah Komrad Shahrul Nizam Mohd Ramly bertempat di Bangi ,  Selangor iaitu ke rumah adik arwah .



Turut hadir ialah Komrad Afzainizam Abd Rahman ( Setiausaha ) , Komrad Amizudin Ahmat ( Bendahari / Koordinator Panatia Kebajikan dan Kerihatinan ) , Komrad Liny Obliza ( Koordinator Jinggawanis ) , Komrad Mohd Khairudin Hashim ( Koordinator Negeri Sembilan ) , Komrad Mazliwati dan Komrad Suhana Bakri ( Setiausaha Negeri Sembilan ) , Komrad Ahmad Redza ( Koordinator Panatia Keanggotaan )  dan Komrad Izlin Idris ( Koordinator Panatia Pendidikan ) bagi mewakili Jingga 13 Malaysia menziarahi 2 orang anak arwah yang masih kecil berumur 5 tahun dan 3 tahun .

Malangnya kedua-dua anak arwah sedang berada di luar bersama bekas isteri pertama arwah . Arwah juga mempunyai 2 orang anak bersama bekas isteri pertama beliau . Anak-anak yatim ini adalah anak perkongsian hidup dengan arwah isteri ke dua beliau . Tidak dapatlah berjumpa dengan anak-anak yatim tersebut .


Sebelum ini kedua-dua anak tersebut telah kematian ibu dan kini berdepan pula dengan kematian bapa . menjadi anak yatim piatu dan sekarang dijaga oleh adik arwah di Putrajaya .


Jingga13 Malaysia turut menyampaikan sumbangan derma kilat yg dibuat di kalangan komrad-komrad Jingga13 berjumlah RM1150 untuk anak-anak yatim tersebut yang disampaikan oleh Komrad Amizudin Ahmat , Bendahari merangkap Koordinator Panatia Kebajikan  dan Keprihatinan , Sekretariat Jingga13 Malaysia yang diterima oleh adik arwah bagi mewakili anak-anak arwah .


Diharapkan anak-anak arwah akan membesar dengan sempurna di bawah jagaan ibu saudara mereka berdua dan semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan diletakkan bersama-sama kekasih-kekasih Allah. Amin.