Thursday 19 February 2015

JINGGA13 DESAK POLIS SIASAT SEGERA NAJIB DAN RAYU SIRUL DEDAHKAN DALANG

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia

19 Februari 2015

JINGGA13 DESAK POLIS SIASAT SEGERA NAJIB DAN RAYU SIRUL DEDAHKAN DALANG

Jingga13 Malaysia mendesak Ketua Polis Negara dan Polis DiRaja Malaysia mengambil satu tindakan menyiasat kenyataan yang telah di buat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mempertikaikan kenyataan Sirul bahawa "mustahil" ("utter rubbish") "bertindak mengikut arahan" ("acted under orders") untuk membunuh warga Mongolia Altantuya Sharibuu adalah menimbulkan kecurigaan dan perlu disiasat oleh pihak polis .

Seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini sedar bahawa Sirul dan Azilah langsung tidak mengenali Altantuya Sharibuu dan bertindak membunuh model Mongolia tersebut oleh arahan yang sehingga sekarang masih 'misteri'.

Dan adalah menghairankan apabila Datuk Seri Najib Razak memberikan respon terhadap kenyataan Sirul dan menganggap kenyataan Sirul adalah mustahil.Jika beliau tidak ada kena mengena dan pernah bersumpah tidak mengenali Altantuya Sharibuu,tidak seharusnya mempertikaikan kenyataan Sirul yang kini berada di Australia atau sememangnya beliau sedang 'kepanasan'?

Jingga13 Malaysia juga meminta pihak polis menjelaskan hasil siasatan terhadap laporan polis yang telah dibuat oleh saya pada 14 Disember 2012 berkaitan tehadap pengakuan dan pendedahan Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan iaitu penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam , bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu saja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.

Pendedahan dan pengakuan Deepak Jaikishan ternyata relevan dan tidak bercanggah dengan pendedahan yang pernah dibuat oleh Mendiang P. Balasubramaniam sebelum ini , malah lebih sempurna, lengkap serta melibatkan Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Mohamad Nazim Razak dalam usaha menukar Akuan Bersumpah Pertama kepada Akuan Bersumpah Kedua .

Deepak juga turut membuat pendedahan bahawa menamakan seorang adik Perdana Menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.

Justeru, Jingga13 Malaysia juga merayu kepada Sirul agar terus berani menyatakan kebenaran dan mendedahkan dalang yang telah mengarahkan beliau dan Azilah membunuh Altantuya Sharibuu.Kebenaran mesti ditegakkan dan adalah tidak berbaloi mereka dijatuhi hukuman mati sedangkan orang yang bertanggungjawab yang mengarahkan mereka bebas tanpa sebarang tindakan.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia