Seorang anggota kumpulan tersebut telah bertindak melontar batang kayu bendera ke arah jurugambar tersebut.
Dalam satu insiden lain sebelum ini, kumpulan remaja yang sama terlibat dalam pergelutan dengan anggota Unit Amal PAS di di Jalan Raja, di mana pemimpin Jingga 13, Fariz Musa, terperangkap di tengah-tengahnya.
Turut berada di situ ialah ahli-ahli Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM) dan kumpulan lain, yang menggelar diri mereka sebagai "Geng Kotak".
The Star online melaporkan bahawa kumpulan itu tidak berpuas hati kerana anggota Unit Amal menghalang mereka ke Dataran Merdeka. ~ Malaysiakini!