5:47PM Jan 25, 2014
Difahamkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menasihatkan NGO-NGO yang membantah kenaikan harga supaya menangguhkan perhimpunan yang mereka dirancang di Seberang Jaya esok.
Nasihat itu dilaporkan itu dibuat memandangkan peningkatan
ketegangan akibat daripada dua perhimpunan pro-BN hujung minggu lalu membantah flash mob kangkung anjuran ADUN Machang, Lee Khai Loon, yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan sayur-sayuran untuk menjustifikasikan siri kenaikan harga di negara ini.
Dalam perhimpunan pertama pada hari Sabtu di Seberang Jaya, timbul ancaman berulangnya rusuhan kaum 13 Mei, manakala yang kedua pada hari Ahad di Alma, Bukit Mertajam, berakhir dengan keganasan, dengan dua orang diserang beberapa peserta prots kerana didakwa mengeluarkan kata-kata rasis.
Penyelaras Jingga 13 Pulau Pinang, Amizudin Ahmat berkata, NGO menghormati kebimbangan dan nasihat Lim tetapi berkata pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus lupa kemarahan rakyat terhadapsiri kenaikan harga barangan keperluan.
Jingga 13 adalah salah satu gabungan NGO yang mengambil
bahagian dalam perhimpunan TURUN pertama di Kuala Lumpur pada 31 Disember.
Beliau menggesa orang ramai supaya menyertai perhimpunan tersebut yang akan diadakan di tempat letak kereta terbuka di Bandar Sunway , dari jam 2 petang hingnga 4 petang esok.
Perhimpunan aman, mengapa takut?
Apabila ditanya, MP Tanjung Ng Wei Aik menafikan pernah ada arahan daripada Lim supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.
Tetapi Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata ahli DAP
mempunyai hak untuk berbuat demikian selagi ianya aman.
Perhimpunan haram, katanya, adalah yang mahu menggulingkan kerajaan - tuduhan yang dilemparkan terhadap TURUN sebelum ini.
Karpal yang juga ahi Parlimen Bukit Gelugor berkata, para pemimpin BN juga sepatutnya menyertai perhimpunan itu untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kenaikan harga dan justifikasinya.
"Pemimpin BN telah berucap kepada beribu-ribu orang dalam banyak perhimpunan sejak beberapa tahun tanpa permit, jadi polis tidak perlu mengamalkan double standard," kata Karpal.
KM suarakan kebimbangan
Kebimbangan Lim itu juga dimaklumkan kepada Amizudin dan pasukannya dalam mesyuarat jam 9 malam tadi di Cherok Tokun oleh ADUN PKR yang menghadiri mesyuarat pukul 3 petang itu .