Rakyat Makin Sengsara Dengan Pelbagai Kenaikan Oleh Kerajaan UMNOBN
Kenaikan gula turut diikuti dalam pembentangan Budjet 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan sehingga menghapuskan RM551.25 juta subsidi gula . Sejak Syed Mokhtar Al-Bukhary menguasai industri gula pada tahun 2009 , sebanyak 5 kali kenaikan sehingga kini.
Kini seluruh pengguna Astro pula berdepan dengan kenaikan RM2 bagi Pakej Famili dan RM6 bagi Pakej Sukan yang telah berkuatkuasa 11 November 2013 turut menambahkan tekanan pada lebih 3juta pengguna Astro yang terpaksa membayar kenaikan pakej tersebut sedangkan Astro umumkan perolehan RM2.3 Billion untuk 6 bulan pertama berakhir 31 Januari 2014 iaitu peningkatan 13 peratus. Sedangkan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Multimedia mempunyai kuasa terhadap mengawal dan menentukan harga pakej langanan yang ditawarkan Astro.
Bermula Januari 2014 pula rakyat Malaysia pula akan berdepan dengan kenaikan elektrik sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Seri Maximus Ongkili baru-baru ini sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt,manakala di Sabah dan Labuan berjumlah 5sen.Satu kenaikan yang sangat ketara.
Wargakota Kuala Lumpur pula bakal berdepan dengan kenaikan tambang LRT dan Monorel berkuatkuasa pada 2014 sudah pasti akan membebankan para pengguna pengangkutan awam tersebut.Kerana LRT dan Monorel adalah merupakan pengangkutan golongan berpendapat rendah dan sederhana,mahasiswa,pelajar- pelajar dan warga miskin.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ,Datuk Seri Abdul Wahid Omar pula telah mengesahkan bahawa kadar TOL akan dinaikkan pada tahun 2014 dengan alasan terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya.
Warga Kuala Lumpur pula ditekan dengan kenaikan cukai oleh DBKL mencecah 240 peratus sudah pasti akan memberikan impak kepada warga kota khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin. Justeru JINGGA 13 Malaysia menyeru agar turun ke "Himpunan Bantah Kenaikan Cukai Oleh DBKL" pada 16 Disember 2013 jam 11pagi di Dataran DBKL sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan cukai yg tidak munasabah tersebut.
JINGGA 13 Malaysia yakin beberapa siri kenaikan lagi bakal dikenakan kepada rakyat ekoran siri kenaikan selepas PRU13 dan bakal dilaksanakan pada tahun 2014 turut mengundang kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup yang sudah pasti memberikan kesan kepada rakyat .
Kerajaan UMNOBN terus gagal memberikan kelegaan dan keselesaan kepada rakyat tetapi memberikan tekanan tanpa rasa belas kasihan dan perikemanusiaan ekoran kenaikan yang bakal dihadapi dan diterima oleh rakyat seluruhnya. Kenaikan harga barang makanan dan barang-barang keperluan terus meningkat manakala gaji dan pendapatan rakyat tidak naik malah berdepan dengan cukai yang terus membebankan mereka.
JINGGA 13 Malaysia mendesak Kerajaan UMNOBN menghentikan segala siri kenaikan dengan mengambil kira kesengsaraan majoriti rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan serderhana serta golongan fakir miskin.
Muafakat*Prihatin*Berani
Zainal Abidin Bin Abu Bakar
Koordinator Panatia Ekonomi
JINGGA 13 Malaysia