JINGGA 13 membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung akhbar mingguan The Heat sebagai bukti Kerajaan Umno-BN adalah antikebebasan media dan bersikap 'kuku besi'.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat semakin tidak relevan dan mempergunakan kuasa melalui Kementerian Dalam Negeri untuk mengekang amalan demokrasi dan kebebasan media dalam negara ini.

Ia juga menjadi signal agar seluruh media di Malaysia wajib tunduk kepada kuasa kerajaan Umno-BN dan tidak boleh mengkritik atau melaporkan sesuatu yang bersifat profesional, telus dan terbuka.

Ekoran The Heat melaporkan artikel berhubung Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah yang berjudul "All Eyes On Spending PM Najib" pada November lalu yang mempersoalkan perbelanjaan mereka, maka The Heat bukan sahaja menerima surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetapi juga turut berdepan dengan penggantungan permit.

KDN sewajarnya tidak dipengaruhi atau dikawal oleh mana-mana pihak termasuk perdana menteri, isteri perdana menteri dan menteri dalam negeri tetapi bersikap terbuka dan profesional. 

Tidak ada sebarang tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh The Heatyang dilihat menggugat keselamatan negara.

JINGGA 13 mendesak KDN menghentikan tindakan tidak demokratik dan menarik balik penggantungan permit akhbar The Heat

Tindakan Kementerian Dalam Negeri akan terus dilabel sebagai antidemokrasi dan sudah pasti memberikan kesan negatif kepada gerakan kebebasan media.

Imej keborosan dan bermewah-mewah, dan khususnya Rosmah bukan boleh ditutup oleh Zahid dan KDN. 

Rakyat wajar mengetahui bahawa di saat rakyat bergelut dengan pelbagai kenaikan, Najib dan Datin Rosmah terus memberikan imej negatif kepada rakyat dan negara.


NIKSON ABDILLAH koordinator panatia tugas-tugas khas JINGGA 13.