NFC: Laporan SPRM dibuat pada Muhyiddin, Noh
Satu lagi laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua lagi menteri berhubung kontroversi berpanjangan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Ketua penyelaras NGO JINGGA 13 Fariz Musa (kanan) berkata, aduan itu dibuat ekoran kenyataan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bulan lalu bahawa wang projek lembu itu dikeluarkan sebelum perjanjian dibuat pada 2010.
"JINGGA 13 juga mempertikai dan mempersoalkan berkaitan penyaluran tersebut sebelum perjanjian di buat. Kenapa sangat istimewa?" soalnya.
Selain Muhyiddin, turut dinamakan dalam aduan itu penyandang menteri sekarang Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Mustapa Mohamed.
Muhyiddin menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selama lima tahun sehingga 2008.
Pengerusi PAC pada 23 November dilapor berkata, kelemahan paling ketara dalam projek itu apabila kesemua wang dikeluarkan sejak 2008 hingga akhir 2009 tetapi perjanjian dilakukan pada tahun berikutnya.
Katanya, PAC mendapati banyak kelemahan berpunca daripada pengurusan syarikat berkenaan yang mana terdapat keadaan tidak selari antara pengurusan dengan perlaksanaan.
Dalam kenyataannya selepas membuat laporan di pejabat SPRM Shah Alam hari ini, NGO yang dekat dengan PKR itu mendakwa, siasatan PAC menjadi "bukti nyata terhadap salah guna kuasa" yang berlaku.
"Heret segera penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan," kata Fariz lagi.