Hina Islam: Jingga 13 desak Chua Soi Lek & MCA mohon maaf kepada Agong
JINGGA 13 menyelar pelbagai kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA yang ternyata biadab dan kurang ajar menghina Islam dan hudud tanpa rasa bertanggungjawab dan sensetif terhadap keyakinan dan kepercayaan umat Islam .
JINGGA 13 menghormati kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat , tetapi tindakan Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA semakin melampau sehingga bertindak di luar batasan mencabar sensetiviti umat Islam di seluruh Malaysia dengan pandangan dan pendapat yang ternyata bersifat mencerca , menghina dan keterlaluan , malah terpesong dan salah .
Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek sama ada secara terbuka melalui laman sosial atau pun ucapan di pentas MCA wajar ditarik balik dan dipadamkan di atas prinsip menghormati keyakinan dan kepercayaan yang menjadi pegangan kepada seluruh umat Islam.
Malah JINGGA 13 benar-benar hairan terhadap tindakan Presiden MCA dan ahli MCA sedangkan perlaksanaan hudud tidak langsung ada kena mengena atau dilaksanakan kepada mereka yang bukan Islam.
Hudud hanya dikhusus dan diwajibkan ke atas umat Islam sahaja . Kenapa Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA begitu gusar dan takut? Kecualilah hudud turut diimplimentasikan kepada bukan Islam.
Hudud bukan milik sesiapa , tidak ada istilah HUDUD PAS atau juga HUDUD UMNO , hudud adalah undang-undang Islam yang termaktub di dalam kitab suci umat Islam iaitu Al-Quran dan tindakan menghina dan memperlekehkan hudud bermakna menghina dan memperlekehkan Al-Quran yang menjadi pegangan kepada umat Islam di seluruh dunia .
JINGGA 13 juga mempersalahkan Umno yang telah berjaya mencipta propaganda dengan mewujudkan istilah Hudud Pas yang bertujuan mempolitik dan menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat Malaysia yang akhirnya memberikan ruang untuk hukum Allah dikritik , dipertikai , dicela dan dihina sepertimana apa yang berlaku sekarang ini .
Umno juga wajar dipertanggungjawab di atas tindakan hingga Islam dan hudud dicerca dan dihina .
Umno perlu bertanggungjawab di atas kejayaan mencipta persepsi buruk terhadap hukum hudud dengan mewujudkan istilah Hudud Pas yang menimbulkan kontroversi dan konflik seolah-olah hudud adalah undang-undang yang dicipta oleh Pas dan bukannya adalah perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran .
Tindakan Presiden MCA dan MCA ternyata mengundang kemarahan dan kurang senang seluruh umat Islam .
Ianya boleh mengugat kehormanian kaum dan agama , mencetus konflik , meranapkan perpaduan dan integrasi , malah boleh mengakibatkan berlakunya ketegangan serta mengugat keselamatan negara .
Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA tidak perlu bersikap primitif dengan menggunakan isu hudud untuk dipolitikkan demi meraih sokongan politik yang ternyata mempunyai unsur-unsur menghasut dan mencipta api perpecahan kaum dan agama dalam Negara Malaysia tercinta ini .
Malah JINGGA 13 pada 2 November 2011 pernah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Chua Soi Lek di Wisma MCA ini juga agar menghentikan tindakan beliau yang biadap terhadap isu yang sama tapi amat mengecewakan Datuk Seri Chua Soi Lek sedikit pun tidak rasa bersalah mengulangi sikap biadab dan kurang ajar tersebut .
Justeru JINGGA 13 mendesak agar Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam dan menghentikan tindakan menghina Islam dan Hudud di atas prinsip perpaduan , kehormanian dan kedamaian serta menghormati kepercayaan dan keyakinan serta pegangan umat Islam di Negara Malaysia tercinta ini .
Datuk Seri Chua Soi Lek dan MCA juga wajib memohon maaf kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas sikap beliau yang ternyata menderhaka kerana DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah merupakan Ketua Agama Islam .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
DK Vicky
Setiausaha JINGGA 13
DK Vicky
Setiausaha JINGGA 13