Monday 5 July 2021

JINGGA13 SEKIJANG BERSAMA YB NATRAH DAN TIM SUKAREKAWAN AMANAH AGIH BARANGAN MAKANAN BUAT PENDUDUK TERJEJAS PKPD

Pada 4hb 07 2021 , Jam 4.00pm , jingga13 sekijang bersama YB Natrah Ismail , Ahli Parlimen Sekijang dan sukarelawan team Amanah DUN Kemelah telah mengagihkan 4 barangan bakul sumbangan kepada penduduk yang terjejas akibat PKPD kes covid-19.


Menurut Komrad Mohd Khair Rabu , Koordinator Jingga13 Sekijang,  " kami mendapat info daripada penduduk setempat mengenai keluarga tersebut dan team kami terus bergegas pergi ke tempat di antaranya di kg Pogoh,Paya Pulai , Bandar Putra IOI dan Kg Jawa Segamat untuk memberi barangan bakul sumbangan tersebut " .



Allah sahaja yang mengetahui penderitaan yang mereka alami,  semoga mereka sabar dan tabah mengjadapi ujian Allah ini.  


*MUAFAKAT *PRIHATIN

*BERANI