Monday 5 July 2021

JINGGA13 KELANTAN ZIARAH KASIH NENEK SAUDAH YANG DERITA STROK DI PANTAI SABAK, KOTA BHARU

Jingga13 Kelantan diwakili komrad Syuzyelawati Shafii ziarah kasih seorang warga emas yang bernama Nenek Saudah,  beliau menderita sakit strok sudah 5 tahun.  Sepanjang masa beliau hanya terlantar di tilam sahaja.  

Beliau tinggal di Pantai Sabak,  Kota Bharu bersama adiknya yang juga seorg warga emas berumur 60an. Beliaulah yang mengurus dan membantu Nenek Saudah. Nenek Saudah adalah seorg ibu tunggal yang tidak mempunyai anak.  


Komrad Styzyelawati menghulurkan sedikit sumbangan barangan makanan buat beliau agar dapat meringankan bebanan mereka.  


#Jingga13Kelate

#MuafakatPrihatinBerani