Thursday 24 June 2021

JINGGA13 PASIR GUDANG BERSAMA BIRO KEBAJIKAN PARLIMEN PASIR GUDANG MEWAKILI YB HASSAN KARIM SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA RAKYAT YANG TERKESAN PKP

Pada 23 Jun 2021 Darurat dan PKP yang diumumkan oleh kerajaan membuat semakin ramai rakyat yang terkesan, permohonan demi permohonan setiap hari Pejabat Ahli Parlimen Pasir Gudang terima dari mereka yang sangat-sangat memerlukan.

Walau kini kekurangan dana Yb Hassan Abdul Karim tetap cuba berusaha untuk membantu pada rakyat pasir gudang yang mengadu kepadanya.

Pagi ini Team Biro Kebajikan Parlimen Pasir Gudang bersama JINGGA 13  Pasir Gydang turun padang mewakili Yb Hassan  Ahli Parlimen Pasir Gudang ke beberapa kawasan di dalam.kawasan Parlimen Pasir Gudang.

SOP yang ditetapkan tetap kami patuhi dan kami ke Perumahan Taman Perumahan Desa Rakyat, Taman Perumahan Sciantex, Taman Plentong, Taman Perumahan Air Biru, Kampung Sepakat dan rumah kedai di sekitar Bandar Masai untuk menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan asas dari Yb Hasan kepada beberapa keluarga yang terkesan dari PKP yang dilaksanakan tika ini.

Selain sumbangan barangan asas kami juga mengedarkan Goodies Bag Kempen Daftar Vaksin kepada penerima tersebut.



Semoga dengan sedikit sumbangan dari Yb Hassan ini dapat meringankan  bebanan mereka dikala ini dan didoakan semoga mereka lebih tabah.

Aaminn..