Jingga13 Kota Tinggi telah menerima permohonan rayuan bantuan dari seorang pesakit kanser payu dara tahap 4 yang sangat mengharapkan bantuan segera.
Maklumat beliau adalah:
Nama:Puan Siti Fatimah bte Khali
Alamat: Jalan Cenderawasih 6, Kg Sayang, Tg Sedeli, Kota Tinggi.
Nama Suami: Mohd Ali bin A Hamid
Kerja: Pemandu Kereta Sewa
Beliau tidak dapat bekerja sejak PKP Dan perintah lockdown dikuatkuasakan.
Koordinator Jingga13 Kota Tinggi Sdr Kamaluddin Md Simpol terus bertindak pantas sebaik sahaja menerima aduan ini. Dan beliau telah mengenalpasti bentuk bantuan yang diperlukan.
Beliau telah membawa perkara ini kepada pilhak Baitulmal melalui En Azahari bin Adam.
Alhamdulillah selang sehari selepas aduan dibuat, Pihak Baitulmal telah membuat lawatan Dan menghulurkan bantuan segera. Sumbangan berupa pampers, susu untuk sakit kencing manis, barangan2 dapur Dan juga Wang tunai.
Selanjutnya Pihak Baitulmal mengucapkan terimakasih kepada Jingga13 Kota Tinggi kerana membantu memudahkan kerja2 Baitulmal. Dan akan membantu segala urusan yang berkaitan keluarga beliau.
Semoga bantuan ini dapat meringankan perbelanjaan keluarga beliau dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa
#MuafakatPrihatinBerani