Saturday 8 May 2021

JINGGA13 PERLIS ZIARAH MANGSA RUMAH TERBAKAR DI KAMPUNG BINJAI , DUN MATA AYER

Pada jam 11.00 pagi tadi Koordinator Jingga 13 Perlis saudara Rizal Hassan bersama Koordinator Jingga 13 Kangar saudara Rosmaini dan Setiausaha Jingga 13 Perlis Saudari Tikah sempat menziarahi Puan Puteh binti Abdul Ghani di  Kampung Binjal DUN Mata Ayer   , Padang Besar , Perlis.

Beliau  kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang menimpa pada 5 Mei yang lalu. Untuk makluman beliau tinggal bersama suami  dan menyara 3 org cucu yang dikategorikan sebagai kurang upaya.

Semasa lawatan tersebut Jingga 13 Perlis sempat bertemu ADUN Mata Ayer YB Siti Berenee yang turut menziarahi keluarga tersebut. Beliau memaklumkan keluarga tersebut akan menerima rumah baru yang akan dibina oleh GIATMARA melalui peruntukkan ICU.