Monday, 8 June 2020

PKR CABANG KLUANG BERSAMA JINGGA13 KLUANG SAMPAIKAN SUMBANGAN SUSU KESIHATAN DAN BARANGAN MAKANAN KEPADA PESAKIT JANTUNG DAN TULANG

Parti Keadilan Rakyat Cabang Kluang bersama2 Pertubuhan Kebajikan Jingga 13 Kluang, hari ini melawat satu keluarga di Taman Delima dalam Parlimen Kluang.


En Harun yang tinggal bersama isteri dan 5 orang anaknya tidak mampu lagi untuk berkerja untuk menyara keluarganya disebabkan menghidap penyakit jantung dan tulang, hanya bergantung kepada isterinya yang berkerja sebagai cleaner.

Atas sikap prihatin kepada masyarakat, Cabang Kluang bersama2 Jingga 13 Kluang telah menghulurkan sumbangan yang berbentuk susu omage untuk jantung, susu anlene untuk tulang dan juga barangan makanan harian.


Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung keluarga tersebut

Muafakat Prihatin Berani

DEMI RAKYAT JOHOR

Parti Keadilan Rakyat
Cabang Kluang

Pertubuhan Kebajikan
Jingga 13 Kluang

isnin, 8 Jun 2020